Monday, May 4, 2009

::tosai::

Tosai

Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

  • 2 cwn beras -rendam 8 jam
  • 1 cwn aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bwg besar

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
  2. masukkan garam dan kacau rata
  3. peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
  4. culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
  5. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhana.


:kiss:
selamat mencuba...

Sunday, April 26, 2009

++kek Choc...++



Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

++kek Batik++




Bahan-bahan ( 1 loyang )

* 1 packet milo (packet yg plg kecil)
* 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
* 1 buku buttercup
* 1 cawan gula halus
* 1 biji telur ayam
* serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
* 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

++takoyaki++





Bahan-bahan ( 30 biji (ikut size acuan) )

  • 200 gm tepung tempura
  • 50 gm potato starch
  • 2 biji telur
  • 350 ml susu segar
  • 250ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
  • garam (jika perlu ditambah)
  • 2 batang lidi sate
  • Kobis- potong halus
  • carrot - potong halus
  • sotong (rebus dan potong kecil)
  • Bonito flake
  • Mayonis

Cara-cara

  1. Bancuhkan semua bahan kecuali sayuran, sotong, bonito flakes & matonis.
  2. Panaskan acuan dan lenserkan minyak
  3. Takoyaki1
    Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan
  4. Takoyaki2
    Kemudian masukkan udang
  5. Takoyaki3
    Taburkan daun kobis dan carrot
  6. Takoyaki
    Penuhkan acuan dengan adunan tepung dan kalau melimpah pun tak apa.
  7. Takoyaki4
    Gunakan 2 batang lidi dan terbalikkan adunan
  8. Takoyaki5
    Letakkan sedikit butter ke atas takoyaki,sambil terus memusingkannya dengan lidi sate hingga masak sekata dan bulat
  9. Takoyaki6
  10. Takoyaki7
    Letak dalam pinggan dan tuangkan sos,mayonis serta tabur bonito flake ke atasnya.
  11. * Sos nya -> 1/4 cawan kicam manis + 1/4 cawam air dan 1/2 sudu teh wasabe (gaul rata)

++okonomiyaki++




Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 100g tepung biasa
* 1 biji telur
* 150g kubis-potong halus
* 150g bawang besar,udang/sotong/ham/ sosej/ape2 aje yg kamu suke
* sos okonomiyaki/sos tiram.
* mayonis
* sedikit minyak
* 100cc air

Cara-cara

1. Potong halus kubis dan mayang bawang besar
2. Bancuhkan tepung. Masukkan telur, tepung dan air. Kacau biar sebati
3. Masukkan kubis dan semua bahan-bahan lain. Kacau sebati
4. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali. Masukkan 1/2 atau 1/3 adunan tadi. Ulang sampai habis.
5. Bila nak makan, letak sos okonomiyaki dan mayonis
6. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

hey guys n gurlss...

this is ma new blog...
sorry to say that my blog is under construction..
ahakkksss...

blog nie bru lg...
so t wanie post mcm2 ekk...

ehem follow this blog n my blog:
thelollynie.blogspot.com